Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Friday, June 3, 2011

PAS DAN UMNO BEKERJASAMA?

PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk hal-hal tertentu tetapi sama sekali tidak akan berpakat dengan parti nasionalis itu."Dengan Umno, kerjasama boleh tetapi untuk pakat tak ada. Bincang untuk pilihan raya adil dan lebih demokratik, kita bersedia," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya tengahari tadi.

Abdul Hadi berkata, pelbagai kerjasama yang telah PAS buat dengan Umno termasuk dalam isu nukleur, Palestine dan juga berusaha sama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi melalui Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen).

PAS cakap berbelit-belit . UMNO juga di salahkan . Nak menulis pun rasa meluat pasal perangai PAS ni . Cakap tak serupa bikin . 

Saturday, May 14, 2011

DI UGUT CULIK PULAK!....

Tak habis-habis nampaknya 'keluarga 69' si anUwar ibrahim ni . Lepas satu-satu isu di pertontonkan buat rakyat Malaysia . Semua isu di buat untuk mengalih pandangan dan fokus rakyat dengan isu panas lain . Dalam hal ini tentang video seks . Sebab nak alih perhatian si anak pulak buat laporan polis menuduh ada pihak mengugut untuk menculik beliau . Sungguh kuat kesetiaan seorang anak bernama Nurul Izzah ini mempertahankan bapanya . Itu memang bagus , memang tanggungjawab si anak untuk mempertahankan si bapa yang sudah tua , uzur dan tidak bermaya tapi kena tengok juga situasinya . Kalau nak mempertahankan si bapa dalam kes seks dan liwat tak payah la wahai si anak . Sandiwara terbaik dari keluarga si anUwar ini . Masa semakin hampir untuk berundur . Usah menyusahkan rakyat lagi . Sudahlah.....

Lebih baik dah afdal dan sebaiknya Puan Nurul Izzah jenguk-jenguk masalah rakyat di kawasan sendiri . jangan asyik sibuk dengan benda lain dan perkara lain . Ingat ler...beringat ler....kena ingat ler......


Tuesday, May 10, 2011

Selamat ulangtahun UMNO ke 65

Sedar tak sedar UMNO dah mencapai ulangtahun ke 65 . Satu tempoh yang panjang dalam menerajui pucuk kepimpinan negara . Dan selama itu juga UMNO telah membuktikan kematangan dan juga kebajikan yang UMNO lakukan demi rakyat bukannya omongan kosong atau seumpama melepaskan batuk di tangga . Sememangnya UMNO memberikan keamanan terhadap negara , terhadap rakyat berbilang kaum dan bangsa .

Tetapi dalam mengharungi detik-detik gembira,suka dan duka sikap segelintir rakyat yang tidak bersyukur amat memedihkan hati dan perasaan . Pembangkang terus memburukkan negara dan juga UMNO yang di katakan menindas rakyat . Mereka tidak pernah bersyukur dan tidak mungkin akan bersyukur .

Walau apa pun TAHNIAH UMNO!!!!HIDUP UMNO!!!!....teruskan membela rakyat....
Saya tinggalkan dengan klip video di bawah ini tentang erti kemerdekaan...tanpa UMNO tiada kemerdekaan....tidaklah kita akan hidup seperti sekarang.....Teruskan perjuangan UMNO membela rakyat tanpa mengira kaum....1-Malaysia teruskan misi dan usaha!!!!.....

Tuesday, April 19, 2011

PAS SERONOK JADI BONEKA


PAS terus menjadi boneka DAP dan PKR . Sampai bila mahu menjadi kuda tunggangan DAP . Walaupun hamPAS kalah teruk di Sarawak dengan tidak memenangi satu kerusi pun Pok Nik masih lagi mampu tersenyum dan mengatakan bahawa itu satu petanda yang amat baik dalam perkongsian kuasa politik di dalam Pakatan Haram . Dan Pok Nik sangat gembira . 
Demi kuasa yang sedikit dan impian untuk menawan negara daripada Kerajaan BN , Pok Nik sanggup menjual parti dan juga maruah bangsa dan agama . Bukan sesuatu yang menghairankanlah apabila Pok Nik pernah katakan dia tak berbangga menjadi Melayu . Dan demi kuasa yang sedikit juga Pok Nik biarkan hamPAS menjadi boneka DAP . 
Kalau dulu Pok Nik mengatakan UMNO itu kafir kerana bergabung dengan MCA , Gerakan dan lain-lain tapi kini Pok Nik mengubah pulak fatwanya dengan mengatakan bergabung dengan parti bukan Islam bersama PAS demi memusnahkan UMNO adalah halal . 


Monday, April 18, 2011

MANA JANJI ANuWAR ?!!!!!

Mana janji AnuWar ? Mana AnuWar sekarang ni ? Mana dia kenyataan media AnuWar berkenaan apa yang di dedahkan oleh bloggers upahan AnuWar iaitu RPK ? Masa tempoh berkempen di Sarawak AnuWar kata tunggu habis pilihanraya Sarawak dia akan adakan "press conference" untuk menyangkal segala tuduhan buruk RPK terhadapnya . Malah AnuWar juga kata akan merungkai isu jam Omega dan isu pelaku seks dalam video kontroversi . Tapi sampai sekarang AnuWar membisukan diri . Menghilangkan diri .

Ada sumber beritahu AnuWar sekarang ada di London untuk melakukan pembedahan membuang selulit dan lemak di bahagian "perut boroi" nya itu . Betul kah AnuWar ? Kalau tidak bersalah mengapa sampai ke sana pergi . Atau pergi nak cari jam Omega yang sama "pattern" dalam bilik hotel tu ke ? It's okay la Encik AnuWar , lakukan saja apa yang mahu nanti sampai masa kena juga di panggil mengadap kan . Kami rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran menunggu dengan penuh sabar akan segala pembohongan yang di cipta oleh Encik AnuWar .


Saturday, April 16, 2011

PAKATAN HANCUR DI SARAWAK!!!


Ketika artikel ini saya tulis saya percaya peraih-peraih undi pembangkang sedang giat melakukan bermacam-macam cara taktik kotor untuk menang . Dalam twitter , facebook , blog-blog dah tersebar bermacam-macam khabar angin yang di cipta oleh pemimpin pembangkang . Dan macam-macam fitnah di lemparkan untuk BN . Daerah Mengundi yang mana masih lagi di jalankan pengiraan undi pun pembangkang sudah umumkan mereka menang . Pembangkang makin di kuburkan di Sarawak . AnuWar Ibrahim juga sudah bersembunyi entah di mana hinggakan sesiapa pun tidak dapat menemui . Ada juga kata sudah lari ke luar negara . Ada kata sembunyi di bawah ketiak Jijah dan juga sembunyi di belakang Azmin Ali . Itulah akibatnya apabila terlalu ingin memburukkan kepimpinan kerajaan sedia ada . Semua taktik kotor tak menjadi malah memakan diri sendiri . Jom!kita tukar kerajaan negeri Sarawak laung AnuWar , Kit Siang dan calon-calom pembangkang lain . Tapi akhirnya membunuh diri sendiri . Terima kasih kepada rakyat Sarawak yang percayakan kepimpinan sedia ada . Walaupun keputusan rasmi belum di umumkan namun BN semakin menuju kejayaan yang selama 40 tahun di capai ....TAHNIAH!!!

Friday, April 8, 2011

BLOGGERS PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK

MARI , MARI TUAN DENGAR INI CERITA..PASAL SORANG BLOGGERS PEMBANGKANG YANG MAKIN TERDESAK NAK SPIN PASAL ISU VIDEO SEKS . Setelah di hentam oleh bloggers yang sokong UMNO/BN tentang isu video seks tu dan macam-macam lagi bloggers pembangkang dah tak dapat duduk diam . Maka dengan itu keluarlah artikel ini di LAMAN BLOG http://ajijoi.blogspot.com . 

PETIKAN ARTIKEL...dengan tajuknya
"Muka macam Anwar, badan macam Najib?"
Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.
Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.
Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.
Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?
Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.
Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.
Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu . ....
Adui , nak tergelak pulak sebab si penulis artikel ni tak nampak ke rambut pun dah warna lain-lain . Macam mana nak samakan dengan DS Najib . Kena ingat juga isu perut buncit ini AnuWar sendiri yang cakap bukan media yang tulis . Dan kalau benar tayangan seketika ini memberi 'rahmat' kepada pihak pembangkang mungkin benar juga sebab selepas di adakan solat hajat maka satu persatu 'rahmat' itu di bongkarkan . Satu persatu keaiban AnuWar di pertontonkan di khalayak ramai . Sendiri mau fikir la selepas ini . Segalanya kian terbongkar . Jangan lagi menipu rakyat dengan drama yang masih panjang skripnya . Pengarah AnuWar , pelakon AnuWar dan penulis skrip juga AnuWar . Tapi cerita penamat drama ini dah semakin membelit pengarahnya sendiri . Akhir kata nanti "HAI , HAI BYE , BYE LA......"