Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Tuesday, February 15, 2011

Tabung Buluh: PAS Nak Menyamun Lagi.


Beberapa hari lepas, PAS ada buat 1 program untuk menyamun duit rakyat. Taktik yang sama dibuat dalam skim Kohilal dan sebelum itu dalam hal kebajikan Memali. Kali ini PAS nak buat tabung buluh sebagai persiapan PRU akan datang. Wow...bunyi bersemangat tapi acting mesti taraf box ofis. Baca dibawah tapi tolong jangan ketawa.!
PAS akan melancarkan Tabung Buluh PRU-13 sebagai persiapan kewangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan Tabung Buluh bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Betullah tu, separuh serah pada bakal calon dan selebihnya buat modal tambang bas naik di Puduraya atau koc VIP keretapi. Hehehe...

Dalam beberapa siri pilihan raya mau kecil atau umum, tabung-tabung kumpul dana PAS ada dimana-mana. Masjid, surau, kedai jual sejadah ataupun kedai makan, kotak kecik tertulis ''Untuk Dana Pilihanraya'' mesti ada. Lebai-lebai hijau yang tua atau orang muda yang baru kenal lambang bulat panadol akan isi sekupang dua dengan lafaz bismillah dengan harapan jihad dan mahu al-syahid nak tentang kerajaan yang sah.

Kita bukan nak tahu pun PAS pernah declare atau tidak jumlah kutipan, jauh sekali nak berhasad dengki dengan duit yang diterima. Kalu tahu duit itu disonglap tanpa berbuat apa pun dah dikira berdosa. Senang cerita lebih baik tak payah tahu kemana duit itu pergi.

Sebenarnya, hal-hal berkaitan duit ini sensitif. Serban tinggi pun boleh letak tepi kalu nafsu dunia sudah kaburi fardu kifayah. Begitu juga kantoi guru PASTI yang raba anak murid dah tak tahan godaan nafsu.

Cerita seleweng Tabung Memali pernah ditulis oleh ahli PAS sendiri. Katanya, pasal tulis duit itu disonglap langsung buku tak dapat jual. Nak marah KDN pun buku dah lulus, yang tak lulus tok guru Nik Ajis. Nasib baik PAS bukan macam DAP, kalu tak dah kudung kaki penulis kena samurai dengan awang gedebe Unit Amal.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
“Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas. Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan. Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.
Berbalik pada topik asas, boleh percayakah pengurusan Tabung Buluh? bimbang nanti jadi macam skim Kohilal dan Tabung Memali yang satu sen haram pun tak nampak hasil. Tapi persoalan yang lebih besaq, PAS nak tumbang kerajaan yang sah tapi sikap macam pengemis.

No comments:

Post a Comment