Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Thursday, February 17, 2011

Khalid gagap rampok wang rakyat Selangor

Khalid gagap , nak buat polis sendiri kerana mahu menjadi raja dihati dan gunakan  duit rakyat. Sungguh malang rakyat Negeri Selangor apabila kerajaan pimpinan PKR  asyik menghabiskan duit rakyat. Dulu mereka kata kerajaan BN habiskan duit rakyat . Sekarang mereka lah pelantak menghabiskan duit rakyat,

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menyalah gunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di sini ketika kongres tersebut diadakan.

“Kita ada bukti, invois dan resit bagi membuktikan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor telah menyalah gunakan wang rakyat bagi membiayai aktiviti politik mereka.

Ini yang  dapat kita kesan saja, yang mereka sorok entah berapa banyak lagi. Sudah lah Selangor sekarang jadi negeri kawah berlubang sana sini apabila  juak juak ini mencuri pasir.Jom kita humbankan kerajaan ini dalam PRU13 nanti.

Nik Aziz ..mung Giler Ker......??????

Sakit jugok , tapi tak po lah  sebab ambo nak jugok kawe nge demo, putar .... putar ... tak po...

Hebat ..LKY ni dia buat semua orang Islam kat Singapore kurangkan amalan Islam. Dia paling baik sebab dia lah Singapore bukan dalam Malaysia. Dia saudara kita  , orang UMNO  (Melayu) kapir buke saing kite.
Bagi Puteri cabaran Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada  Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membuat tuntutan kepada DAP bahawa jika kerajaan campuran pakatan pembangkang memerintah mereka akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud ada kebenarannya. Nik Aziz perlu melakukannya jika benar benar dia ikhlas mahu perjuangkan Islam dan bukan perjuangkan kuasa.
Bagi Puteri ini adalah satu tamparan yang hebat kepada Nik Aziz.
Menurut Dr Mahathir sekiranya DAP enggan membuat kenyataan tersebut sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP kerana enggan menerima perjuangan PAS. Beranikah PAS bersuara dan meneggaklan kebenaran Islam terhadap sekutunya DAP.
Puteri rasakan PAS tidak ada kekuatan untuk melakukan kerana nawaitu dan matlamat PAS adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional sahaja dalam PRU. Bukan untuk membangunkan Islam. 
Pastinya PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting. Pastinya Islam bukan perjuangan PAS lagi.
Jika diperlukan PAS menyembelih seekor babi dan Nik Aziz  akan menghalalkan bagi  ahli PAS memakannya untuk membuat ahli DAP mahu berkawan dengan PAS , pastinya PAS akan lakukan. Parti ini sudah tinggal bangkai saja lagi , tiada lagi apa apa perjuangan yang mereka perjuangkan.

Pengundi di  Merlimau khususnya tahu yang mana kaca yang mana permata. PAS akan dikuburkan di Melaka seperti ianya dikuburkan di Tenang Johor.
oleh: Puteri Saadong

Air Mani dikesan - Anuar pancut pada seluar Saiful


Pakar kimia Dr Seah Lay Hong hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjumpai kesan air mani pada seluar dalam berwarna kelabu dan seluar hitam yang digunakan oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim itu, Seah berkata kesan air mani itu dijumpai pada kawasan berhampiran zip seluar itu.

Bagi seluar dalam itu pula, Seah yang kini mengetuai Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia berkata tompokan mani dikesan pada bahagian depan dan bawah. Ini bermakbna air mani meleleh dari atas dubur hingga ke bawah. mak ai

Selain itu, satu lagi seluar dalam berwarna biru dan dua kemeja (berwarna putih dan hijau) juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Permaidani dan sehelai selimut yang dipercayai diambil dari kondominium Desa Damansara, tempat kejadian didakwa berlaku juga dikemukakan.

Seah juga mengakui tiada kesan air mani atau semen yang dijumpai pada barangan lain.

Pihaknya juga menjumpai bulu kemaluan yang tidak dikenali dari lokasi kejadian yang didakwa berlaku dan ia juga ditandakan. Bulu kemaluan siapakah itu, cuba periksa Anuar punya sama tak

Tuesday, February 15, 2011

Tabung Buluh: PAS Nak Menyamun Lagi.


Beberapa hari lepas, PAS ada buat 1 program untuk menyamun duit rakyat. Taktik yang sama dibuat dalam skim Kohilal dan sebelum itu dalam hal kebajikan Memali. Kali ini PAS nak buat tabung buluh sebagai persiapan PRU akan datang. Wow...bunyi bersemangat tapi acting mesti taraf box ofis. Baca dibawah tapi tolong jangan ketawa.!
PAS akan melancarkan Tabung Buluh PRU-13 sebagai persiapan kewangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan Tabung Buluh bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Betullah tu, separuh serah pada bakal calon dan selebihnya buat modal tambang bas naik di Puduraya atau koc VIP keretapi. Hehehe...

Dalam beberapa siri pilihan raya mau kecil atau umum, tabung-tabung kumpul dana PAS ada dimana-mana. Masjid, surau, kedai jual sejadah ataupun kedai makan, kotak kecik tertulis ''Untuk Dana Pilihanraya'' mesti ada. Lebai-lebai hijau yang tua atau orang muda yang baru kenal lambang bulat panadol akan isi sekupang dua dengan lafaz bismillah dengan harapan jihad dan mahu al-syahid nak tentang kerajaan yang sah.

Kita bukan nak tahu pun PAS pernah declare atau tidak jumlah kutipan, jauh sekali nak berhasad dengki dengan duit yang diterima. Kalu tahu duit itu disonglap tanpa berbuat apa pun dah dikira berdosa. Senang cerita lebih baik tak payah tahu kemana duit itu pergi.

Sebenarnya, hal-hal berkaitan duit ini sensitif. Serban tinggi pun boleh letak tepi kalu nafsu dunia sudah kaburi fardu kifayah. Begitu juga kantoi guru PASTI yang raba anak murid dah tak tahan godaan nafsu.

Cerita seleweng Tabung Memali pernah ditulis oleh ahli PAS sendiri. Katanya, pasal tulis duit itu disonglap langsung buku tak dapat jual. Nak marah KDN pun buku dah lulus, yang tak lulus tok guru Nik Ajis. Nasib baik PAS bukan macam DAP, kalu tak dah kudung kaki penulis kena samurai dengan awang gedebe Unit Amal.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
“Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas. Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan. Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.
Berbalik pada topik asas, boleh percayakah pengurusan Tabung Buluh? bimbang nanti jadi macam skim Kohilal dan Tabung Memali yang satu sen haram pun tak nampak hasil. Tapi persoalan yang lebih besaq, PAS nak tumbang kerajaan yang sah tapi sikap macam pengemis.