Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Friday, April 1, 2011

Video seks: Umno yang tutup mulut mufti

ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI HARAKAHDAILY...LAGI FITNAH OLEH MEREKA!!!!

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut.

"Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri.

"Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

"Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi.

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah 
mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan
 Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar 
Umno itu.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama 
lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka
 tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks)
 hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan 
dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti 
yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah
 satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini
 adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan 
pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani.

Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi.

Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, 
Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan 
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'.

Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut.

Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat 
adalah Umno dan media mereka.

"Saya cabar RTM, TV3 dan kahbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan
 Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung
 isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukumlarangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN.

No comments:

Post a Comment