Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Wednesday, April 6, 2011

PAS DAH MUAK DENGAN ANuWAR

Kenapa saya tulis artikel dengan tajuk seperti di atas ? Puak PAS jangan pula marah dan cepat nak melenting . Artikel kali ini lebih kepada persoalan kenapa PAS mendiamkan diri atas isu video seks terbaru AnuWar . Kenapa tiada kenyataan media yang rasmi daripada kepimpinan PAS .Yang kedengaran cuma langau-langau pengikut PAS yang bercakap di facebook , blog-blog dan juga di kedai-kedai kopi . Mana Nik Aziz , Haji Hadi , Saifuddin dan lain-lain ? Bila PKR mengadakan press conference membela AnuWar mana wakil-wakil dari PAS ? Tidak mahu campur tangan atau sudah muak dengan PKR terutama AnuWar ?

Mungkin kita faham PAS tidak mahu campurtangan tetapi bukankah PAS pernah berjanji sehidup semati akan bersama dengan rakan-rakan Pakatan Haram ? Apa saja kepincangan dalaman Pakatan Haram pasti PAS akan membela dan menuding jari kepada UMNO/BN dan mengatakan ini KONSPIRASI MENJATUHKAN PAKATAN HARAM!!!!....Tapi kenapa bila ada kepincangan atau salah laku seksa atau apa saja isu panas melibatkan DAP , PAS akan menjadi yang pertama mengeluarkan kenyataan . Mengadakan demo dan sebagainya .

Untuk juak-juak PAS dan pengikut tegar PAS , kalau sudah jemu tukar saja parti . Masuk UMNO perjuangkan Islam bersama-sama . Tak salah kan ? UMNO juga parti memperjuangkan Islam . Bukan susah nak tukar parti . Sekarang pun dah banyak ahli PAS dan PKR yang masuk UMNO . Tunggu apa lagi . Kucing takan bertanduk dan bulan takkan menjadi dua. Terima sahaja lumrah alam dan hakikat dunia politik kini yang mana UMNO/BN semakin dekat di hati rakyat . Gelombang merah dan biru semakin mewarnai Malaysia . Dari Utara ke Selatan , Barat ke Timur gelombang merah dan biru semakin mewarnai Malaysia . Jom!!!tukar parti kepada UMNO......Hidup UMNO!!!!!!....


"Retak Menanti Belah"

PKR sudah hancur!!!!!!!

Tuesday, April 5, 2011

KAK JIJAH PUN DAH KONFIUS..!!!...

Sidang media yang di buat oleh PKR kelam kabut . Di fahamkan Kak Jijah pening dan panik bila wartawan asyik tanya pasal jam Omega yang dia kata ada dalam simpanan dia . Taktik Kak Jijah untuk tarik perhatian wartawan bagi membincangkan lebih kepada isu video seks tak menjadi nampaknya . Kak Jijah kata orang dalam video itu bukan suaminya Si Abang AnuWar.Alasan dia ialah dia kenal susuk tubuh suami sendiri . ye ker Kak Jijah ? Betul ker bukan Abang AnuWar ? kalau tak betul kenapa Kak Jijah nak panik dan marah . Buat bodo jer la . lepas itu bila wartawan asyik tanya mana dia jam Omega dan minta tunjukkan terus Kak Jijah mengamuk . Terus sidang media di hentikan . Apahal ni Kak Jijah...?....Dan yang paling membuatkan hati saya nak ketawa sebab Kak Jijah mengulangi lagi skrip tahun 1998 dahulu iaitu "INI SEMUA KONSPIRASI KERAJAAN UNTUK MENJATUHKAN ANWAR" . . . Sudahlah Kak Jijah oiii....Terima saja hakikat . . 
Okay....cau dulu yer Kak Jijah!!!!!!........



Monday, April 4, 2011

DOA SOLAT HAJAT PR TERTUNAI

PANAS!!!PANAS!!!PANAS!!!...Doa solat hajat tolak fitnah yang di adakan oleh Pakatan Haram baru-baru ini akhirnya tertunai . Kini sana sini orang asyik memperkatakan tentang rakaman video kontroversi itu yang boleh di dapati secara meluas di Youtube . Apa lagi nak di kata selepas ini oleh puaak-puak Pakatan Haram?... Persoalan siapa pelakon video itu . .perut buncit ke tak...klon sapa ke tak...Akhirnya terjawab sedikit sebanyak . Dan permintaan gila Karpal Singh baru-baru ini yang mahu video itu di tayangkan di Sidang Parlimen juga sudah tertunai .....Kini semua rakyat dapat melihat dan seterusnya menilai sendiri kesasihan dan ketulenan rakaman kontroversi ini .

Aduhai la Abang AnuWar apa lagi selepas ini ? Kalau benar orang di dalam rakaman itu ANDA maka mengaku sahajalah . Jadilah seperti Chua Soi Lek yang mengaku terus terang . Jangan berdalih lagi . Nak tanya satu soalan mana dia Pok Nik , di mana Hadi Awang dan lain-lain kroni-kroni AnuWar yang menyatakan pendirian tentang isu rakaman ini .

"KALAU TAK ADA ANGIN MACAM MANA POKOK BERGOYANG"....Sudah-sudahlah menuduh UMNO/BN yang bertanggungjawab dalam isu video kontroversi ini . PM sudah mengumumkan bahawa UMNO/BN tidak terlibat langsung . Inilah dia padah untuk AnuWar bila di tikam oleh kawan-kawannya sendiri yang sudah muak dengan perangai busuk AnuWar . Hentikanlah menipu rakyat . Kami dah penat!!!!......



Friday, April 1, 2011

POK NIK PENGERUSIKAN SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT VIDEO SEKS ANuWAR ?

Sana - sini juak-juak Pakatan Rakyat a.k.a Pakatan Haram tidak puas hati dan marah dengan isu video seks terbaru yang di katakan pelakonnya adalah AnuWar . Dan sana-sini juga mereka berkokok mengatakan itu adalah fitnah dan konspirasi jijik UMNO/BN untuk menjatuhkan AnuWar agar tidak dapat bertanding untuk PRU13 nanti . Walaupun ramai yang telah melihat video itu mengatakan bahawa orang di dalam video itu adalah AnuWar namun puak-puak Pakatan Haram ini masih tidak mahu percaya . KPN juga sudah mengesahkan bahawa video itu tulin dan tiada kesan CGI atau sebagainya . Cuma masih belum di sahkan siapa pelakonnya sahaja . Pelik sungguh kenapa pulak puak-puak Pakatan Haram ni nak marah sangat . Bukan di sahkan lagi oleh KPN dan di buktikan lagi adakah itu AnuWar . Releks la brader.....

Kalau rasa UMNO/BN akan memutar belitkan fakta dan juga mengedit video itu setuju sajalah di tubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kes video ini dan minta Pok Nik yang jadi pengerusinya . Takan
Pok Nik nak mendajalkan AnuWar pulak kot tambahan pulak AnuWar bakal jadi PM..KONONNYA LA....tak perlu risau kalau di pihak yang benar . Tapi apa pun selesaikan dulu satu persatu kes AnuWar ni bermula dengan kes liwat . Dah di suruh bagi DNA secara sukarela pun mengelak . Bila di suruh mengaku isu video seks pun tak nak juga sampai di anjurkan Solat Hajat Fitnah...Adeesss!!!!!....penat aku dengan perangai kau ni AnuWar . Kesian la Pok Nik pun dah tak larat . Bagi otak dia rehat sama sebelum bersara ni

Eh!!!....pening dah Pok Nik pikir pasal si jantan kabaret sorang ni!!!......


           

Video seks: Umno yang tutup mulut mufti

ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI HARAKAHDAILY...LAGI FITNAH OLEH MEREKA!!!!

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut.

"Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri.

"Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

"Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi.

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah 
mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan
 Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar 
Umno itu.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama 
lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka
 tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks)
 hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan 
dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti 
yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah
 satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini
 adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan 
pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani.

Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi.

Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, 
Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan 
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'.

Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut.

Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat 
adalah Umno dan media mereka.

"Saya cabar RTM, TV3 dan kahbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan
 Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung
 isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukumlarangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN.

Thursday, March 31, 2011

VIDEO SEKS TULEN LA BANG ANWAR!!!!!



HaHaHaHaHa!!!!....video seks itu tulen rupanya . Bukan di edit atau di manipulasi oleh mana-mana pakar terbaik di dunia pun . Macam mana abang AnuWar nak spin pulak kali ini ? Ketua Polis Negara sendiri sahkan bahawa video itu 100% tulen . Nak cari pakar dari mana pulak kali ini AnuWar oiii....Terima saja hakikat dan mengaku saja ITU KAMU!!!!!.....Jadi gentleman ajer la .....Rakyat dah tak larat kena "spin" dengan perangai kamu la AnuWar .     Sudah la...bertaubat segera . Pintu taubat sentiasa terbuka untuk umat NYA . 

Kepada pengikut-pengkikut AnuWar pulak tak payah susah payah buat demo lagi . Solat hajat tolak fitnah pun dah di lakukan  tapi semakin kebenaran terbongkar . Jangan main - main dengan hukum Allah swt ni . Jangan main-main dengan sumpah . Alahaiiiiii kesian betul la dengan korang .   

Friday, March 25, 2011

HARAKAH DAILY KATA "MALANGNYA RAKYAT , PEMIMPIN UMNO/BN MACAM SERIGALA JAGA KAMBING"

Salam , hari ini saya posting sesuatu yang lain sikit . Keratan akhbar ini saya petik daripada HARAKAH DAILY ONLINE bertarikh 25hb MAC 2011 dengan cerita seperti di bawah . 


KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketika pemimpin dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera.


Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS, katanya hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera.
Selama ini, ujarnya penganalisa itu hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang Buku Jingga.
Menurutnya, perkara prinsip yang diketengahkan di dalam Buku Jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka.
Beliau menambah, perkara asas yang mengukuh  sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN.
Pada hal, katanya sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan.
“Contohnya kerajaan Kedah dalam Bajet 2010  telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta,” katanya.
Begitu juga, tambahnya kemampuan kerajaan Kelantan yang sudah melebihi 20 tahun memerintah.
Beliau berkata, sebenarnya prinsip yang terdapat dalam Buku Jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tuisyen rakyat, menaikkan gaji guru Kafa sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR.
PAS, ujarnya merasa pelik dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bankrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu.
Tambahnya lagi, alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika  mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion.
“Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah.
“Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing,” ujarnya.
"WAJAH SEBENAR HARAKAH DAILY"
Komen saya : PAS sentiasa salahkan kerajaan dan UMNO/BN tanpa fakta yang kukuh dan baik . Harakah Daily dari dulu sampai kini sentiasa memberikan cerita dan berita fitnah . Masih tidak mahu bertaubat . Selama hidup di Malaysia adakah pemimpin PAS yang hidup dalam kedaifan ? Ada ke yang miskin keterlaluan ? Yang kita nampak rakyat tambahan di negeri Kelantan semakin hidup serba kekurangan . 20 tahun memerintah apa kemajuan yang di bawa oleh Nik Aziz dan konco-konconya kepada rakyat di Kelantan ? Segala kemudahan infrastruktur di bina dan di bawa oleh Kerajaan Pusat . Mengata orang paku serpih , mengata orang PAS yang lebih . Jangan asyik salahkan kerajaan tidak membantu atau kerajaan macam serigala . Siapa serigala sebenar ? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan .