Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Tuesday, March 15, 2011

BARU BAGI KERANDA DAH KECUT KER?



TAHNIAH kepada Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini yang cuba menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar,Ng Wei Aik . Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.
Walaupun gagal ini menunjukkan betapa marahnya mereka kepada ADUN KOMTAR ini yang berlagak samseng terutama kepada peniaga-peniaga di ruang legar KOMTAR khususnya peniaga Melayu . Ini bukan kali pertama ADUN KOMTAR ini menjalankan tugasnya yang "ALA SAMSENG" . Sebelum ini sudah banyak kali ADUN KOMTAR ini membuat huru-hara dan provokasi kepada peniaga-peniaga Melayu .  

Erm , terfikir juga di manakah dia Timbalan Ketua Menteri 1 yang beragama Islam berbangsa Melayu ini bersembunyi ?...Apakah peranan yang di mainkan oleh Mansor bin Othman ni ?...
Takut dengan Guang Eng ker sampai sunyi sepi tidak kelihatan langsung . 

ADUN KOMTAR iaitu Weng Aik pula takan baru dapat hadiah keranda dah takut sampai minta polis segera menangkap dan menyiasat ?...

"Aiyaaaaaa Apek itu Ghani mau kasik hadiah sama lu saja bukan mau buat sesuatu ma.....Lu manyak buat salah itu pasal lu sudah takut...."
 

No comments:

Post a Comment