Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Monday, March 14, 2011

Ketua Staf, Ibrahim Yaacub Sahkan Anwar & Saiful Berada di Kondo

AIDCNews – 14/03/11 – Walaupun peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha supaya Ibrahim Yaacub yang dipanggil sebagai saksi pendakwa berbohong, tetapi perkara itu tidak berlaku, malah Ketua Staff Anwar turut mengesahkan dua perkara penting yang menjadi kunci terhadap prosiding ini

Pengesahan pertama, Ketua Staff Anwar itu mengakui Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan pekerja di pejabat Ketua Umum dan kedua mengesahkan Mohd Saiful dihantar ke Kondominium Desa Damansara untuk menghantar dokumen kepada Anwar.

Sebelum ini blog gelagat anwar melaporkan ketika peguam-peguam Anwar ‘berpesta’ di Shangri La Hotel, telah menelefon Ibrahim Yaakub yang bakal hadir sebagai saksi supaya melakukan sesuatu dalam keterangannya yang boleh menyelamatkan Anwar. Klik di sini

Namun keterangan Ibrahim Yaacub pada 9 Mac 2011 tidak membantu Anwar, sebaliknya mengesahkan lagi dakwaan yang dibuat sebelum ini.
Bekerja Di Pejabat Anwar, Seksyen 16
Mohd Yusof : Anda adalah Ketua Staff Anwar Ibrahim ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Pada tahun 2008, adakah anda juga Ketua Staff Anwar ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Di mana pejabat anda pada Jun 2008 ?
Ibrahim : Seksyen 16, Petaling Jaya
Mohd Yusof : Pada Jun 2008, adakah anda mempunyai pekerja bernama Mohd Saiful Bukhari bin Azlan?
Ibrahim : Dia (Saiful) bukan pekerja, dia adalah sukarelawan sementara.
Mohd Yusof : Dia bukan pekerja rasmi, tetapi dia bekerja di pejabat Anwar ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Apa tugas-tugasnya ?
Ibrahim : Dia adalah pekerja pejabat secara umum.
Kenyataan Ketua Staff Anwar itu mengesahkan keterangan yang pernah dibuat oleh mangsa, Mohd Saiful Bukhari pada 3 Februari 2010.
Malah keterangan Mohd Saiful lebih detail dan jelas.
Mohd Yusof : Boleh beritahu sejak bila bekerja pada 2008 dan dengan siapa?
Saiful : Pada awal Mac 2008, saya dijemput oleh rakan saya Rahimi untuk bekerja dengan Anwar Ibrahim.
Mohd Yusof : Pada mula bekerja dengan Anwar, apa kerja yang kamu buat?
Saiful : Saya masuk (ke pejabat Anwar) seminggu sebelum pilihanraya umum, saya mulakan tugas sebagai sukarelawan, sebagai sukarelawan banyak kerja yang saya buat seperti atur jadual perjalanan ceramah pilihanraya. Kadang kala saya ikut beliau ke ceramah-ceramah di sekitar negara. Pada yang sama saya bantu rakan saya Rahimi iaitu Pegawai Khas Anwar.
Mohd Yusof : Siapakah beliau yang kamu maksudkan?
Saiful : Beliau yang dimaksudkan adalah Anwar Ibrahim
Mohd Yusof : Berapa lama kerja sebagai sukarelawan?
Saiful : Dalam lebih kurang dua bulan dari awal Mac hingga hujung April, selepas itu saya dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai pembantu peribadi (PA).
Mohd Yusof : Perlantikan ini ada surat?
Saiful : Tiada
Mohd Yusof : Apa tugas-tugas sebagai pembantu peribadi?
Saiful : Tugas-tugas saya merangkumi:
1- Mengatur pertemuan sulit Anwar seperti pada ketika itu untuk berkomunikasi dengan agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti.
2- Uruskan dan membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff dalam mengatur jadual beliau.
3- Membuat filing dokumen sulit seperti akaun-akaun bank.
4- Mengawal selia hand phone peribadi beliau, setiap pagi Anwar beri hand phone untuk disemak SMS dan highlight SMS yang penting.
Mohd Yusof : Selain Ibrahim Yaacob siapa lagi yang bekerja dengan Anwar ?
Saiful : Tidak ingat sebab selalu bertukar
Mohd Yusof : Jika boleh ingat pada bulan Mac atau April?
Saiful : Hanya saya, Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan Aasil Kazi Ahmad (warganegara AS)
Mohd Yusof : Adakah Anwar mempunyai pemandu?
Saiful : Ada ramai, yang saya kenal adalah Mokhtar, seorang lagi nama samaran iaitu Botak, Kahar. Saya panggil pemandu Anwar sebagai Pak Sani.
Mohd Yusof : Adakah anda dibayar gaji sebagai PA?
Saiful : Ya
Mohd Yusof: Berapa gaji?
Saiful : Yang rasmi dibayar oleh kak Jun iaitu RM 1000 yang tak rasmi seperti elaun bergantung kepada trip-trip yang saya pergi (bersama Anwar). Sebagai contoh ke Singapura-USD 1000 dan Hong Kong HKD 10,000.

1 comment:

  1. memang adalah tuh, siapa lagi kalau bkn anwar yg sondol.

    ReplyDelete