Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Tuesday, March 1, 2011

Pemimpin Pas Ziarah Muzium Seks Bukan Perkara Pelik

KUALA KRAU 1 Mac – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris sedikit pun tidak terkejut, salah seorang pemimpin kanan kerajaan Pas Kelantan mengunjungi muzim seks di Amsterdam, Belanda.
“Pemimpin Pas juga manusia yang mempunyai nafsu … cuma sejauh mana kita berjaya mengawal nafsu berkenaan..tidak kiralah pakai kopiah atau serban kerana yang penting adalah hati dan jiwa yang bersih.
“Saya sama sekali tidak menuduh mana-mana pemimpin Pas, namun jika dakwaan di atas adalah benar dan berasas, ia adalah satu petunjuk Allah s.w.t kepada umat Islam di negara ini khususnya kepada penyokong “totok” mereka untuk melihat perangai serta penipuan pemimpin berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan sebuah blog kidckfella yang mengatakan terdapat pemimpin Pas Kelantan yang merupakan seorang Exco kerajaan negeri telah mengunjungi muzium seks, di Amsterdam.
Ustaz Mohd Noor seterusnya percaya akan banyak lagi penipuan oleh pemimpin Pas akan terbongkar selepas ini terutama tindakan ,mereka menggunakan agama untuk kepentingan politik.
“Tengoklah nanti kerana jika kita ikhlas, baiklah akan hasilnya dan jika kita bermuka-muka dan sebagainya, tunggulah pembalasan Allah sama ada di dunia atau pun di akhirat,” katanya.

No comments:

Post a Comment