Papan Kenyataan

Untuk menghantarkan sebarang maklumat kepada kami sila hantar ke p3umct11@gmail.com .~Siti Baiduri



Friday, June 3, 2011

PAS DAN UMNO BEKERJASAMA?

PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk hal-hal tertentu tetapi sama sekali tidak akan berpakat dengan parti nasionalis itu."Dengan Umno, kerjasama boleh tetapi untuk pakat tak ada. Bincang untuk pilihan raya adil dan lebih demokratik, kita bersedia," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya tengahari tadi.

Abdul Hadi berkata, pelbagai kerjasama yang telah PAS buat dengan Umno termasuk dalam isu nukleur, Palestine dan juga berusaha sama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi melalui Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen).

PAS cakap berbelit-belit . UMNO juga di salahkan . Nak menulis pun rasa meluat pasal perangai PAS ni . Cakap tak serupa bikin . 

Saturday, May 14, 2011

DI UGUT CULIK PULAK!....

Tak habis-habis nampaknya 'keluarga 69' si anUwar ibrahim ni . Lepas satu-satu isu di pertontonkan buat rakyat Malaysia . Semua isu di buat untuk mengalih pandangan dan fokus rakyat dengan isu panas lain . Dalam hal ini tentang video seks . Sebab nak alih perhatian si anak pulak buat laporan polis menuduh ada pihak mengugut untuk menculik beliau . Sungguh kuat kesetiaan seorang anak bernama Nurul Izzah ini mempertahankan bapanya . Itu memang bagus , memang tanggungjawab si anak untuk mempertahankan si bapa yang sudah tua , uzur dan tidak bermaya tapi kena tengok juga situasinya . Kalau nak mempertahankan si bapa dalam kes seks dan liwat tak payah la wahai si anak . Sandiwara terbaik dari keluarga si anUwar ini . Masa semakin hampir untuk berundur . Usah menyusahkan rakyat lagi . Sudahlah.....

Lebih baik dah afdal dan sebaiknya Puan Nurul Izzah jenguk-jenguk masalah rakyat di kawasan sendiri . jangan asyik sibuk dengan benda lain dan perkara lain . Ingat ler...beringat ler....kena ingat ler......


Tuesday, May 10, 2011

Selamat ulangtahun UMNO ke 65

Sedar tak sedar UMNO dah mencapai ulangtahun ke 65 . Satu tempoh yang panjang dalam menerajui pucuk kepimpinan negara . Dan selama itu juga UMNO telah membuktikan kematangan dan juga kebajikan yang UMNO lakukan demi rakyat bukannya omongan kosong atau seumpama melepaskan batuk di tangga . Sememangnya UMNO memberikan keamanan terhadap negara , terhadap rakyat berbilang kaum dan bangsa .

Tetapi dalam mengharungi detik-detik gembira,suka dan duka sikap segelintir rakyat yang tidak bersyukur amat memedihkan hati dan perasaan . Pembangkang terus memburukkan negara dan juga UMNO yang di katakan menindas rakyat . Mereka tidak pernah bersyukur dan tidak mungkin akan bersyukur .

Walau apa pun TAHNIAH UMNO!!!!HIDUP UMNO!!!!....teruskan membela rakyat....
Saya tinggalkan dengan klip video di bawah ini tentang erti kemerdekaan...tanpa UMNO tiada kemerdekaan....tidaklah kita akan hidup seperti sekarang.....Teruskan perjuangan UMNO membela rakyat tanpa mengira kaum....1-Malaysia teruskan misi dan usaha!!!!.....

Tuesday, April 19, 2011

PAS SERONOK JADI BONEKA


PAS terus menjadi boneka DAP dan PKR . Sampai bila mahu menjadi kuda tunggangan DAP . Walaupun hamPAS kalah teruk di Sarawak dengan tidak memenangi satu kerusi pun Pok Nik masih lagi mampu tersenyum dan mengatakan bahawa itu satu petanda yang amat baik dalam perkongsian kuasa politik di dalam Pakatan Haram . Dan Pok Nik sangat gembira . 
Demi kuasa yang sedikit dan impian untuk menawan negara daripada Kerajaan BN , Pok Nik sanggup menjual parti dan juga maruah bangsa dan agama . Bukan sesuatu yang menghairankanlah apabila Pok Nik pernah katakan dia tak berbangga menjadi Melayu . Dan demi kuasa yang sedikit juga Pok Nik biarkan hamPAS menjadi boneka DAP . 
Kalau dulu Pok Nik mengatakan UMNO itu kafir kerana bergabung dengan MCA , Gerakan dan lain-lain tapi kini Pok Nik mengubah pulak fatwanya dengan mengatakan bergabung dengan parti bukan Islam bersama PAS demi memusnahkan UMNO adalah halal . 


Monday, April 18, 2011

MANA JANJI ANuWAR ?!!!!!

Mana janji AnuWar ? Mana AnuWar sekarang ni ? Mana dia kenyataan media AnuWar berkenaan apa yang di dedahkan oleh bloggers upahan AnuWar iaitu RPK ? Masa tempoh berkempen di Sarawak AnuWar kata tunggu habis pilihanraya Sarawak dia akan adakan "press conference" untuk menyangkal segala tuduhan buruk RPK terhadapnya . Malah AnuWar juga kata akan merungkai isu jam Omega dan isu pelaku seks dalam video kontroversi . Tapi sampai sekarang AnuWar membisukan diri . Menghilangkan diri .

Ada sumber beritahu AnuWar sekarang ada di London untuk melakukan pembedahan membuang selulit dan lemak di bahagian "perut boroi" nya itu . Betul kah AnuWar ? Kalau tidak bersalah mengapa sampai ke sana pergi . Atau pergi nak cari jam Omega yang sama "pattern" dalam bilik hotel tu ke ? It's okay la Encik AnuWar , lakukan saja apa yang mahu nanti sampai masa kena juga di panggil mengadap kan . Kami rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran menunggu dengan penuh sabar akan segala pembohongan yang di cipta oleh Encik AnuWar .


Saturday, April 16, 2011

PAKATAN HANCUR DI SARAWAK!!!


Ketika artikel ini saya tulis saya percaya peraih-peraih undi pembangkang sedang giat melakukan bermacam-macam cara taktik kotor untuk menang . Dalam twitter , facebook , blog-blog dah tersebar bermacam-macam khabar angin yang di cipta oleh pemimpin pembangkang . Dan macam-macam fitnah di lemparkan untuk BN . Daerah Mengundi yang mana masih lagi di jalankan pengiraan undi pun pembangkang sudah umumkan mereka menang . Pembangkang makin di kuburkan di Sarawak . AnuWar Ibrahim juga sudah bersembunyi entah di mana hinggakan sesiapa pun tidak dapat menemui . Ada juga kata sudah lari ke luar negara . Ada kata sembunyi di bawah ketiak Jijah dan juga sembunyi di belakang Azmin Ali . Itulah akibatnya apabila terlalu ingin memburukkan kepimpinan kerajaan sedia ada . Semua taktik kotor tak menjadi malah memakan diri sendiri . Jom!kita tukar kerajaan negeri Sarawak laung AnuWar , Kit Siang dan calon-calom pembangkang lain . Tapi akhirnya membunuh diri sendiri . Terima kasih kepada rakyat Sarawak yang percayakan kepimpinan sedia ada . Walaupun keputusan rasmi belum di umumkan namun BN semakin menuju kejayaan yang selama 40 tahun di capai ....TAHNIAH!!!

Friday, April 8, 2011

BLOGGERS PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK

MARI , MARI TUAN DENGAR INI CERITA..PASAL SORANG BLOGGERS PEMBANGKANG YANG MAKIN TERDESAK NAK SPIN PASAL ISU VIDEO SEKS . Setelah di hentam oleh bloggers yang sokong UMNO/BN tentang isu video seks tu dan macam-macam lagi bloggers pembangkang dah tak dapat duduk diam . Maka dengan itu keluarlah artikel ini di LAMAN BLOG http://ajijoi.blogspot.com . 

PETIKAN ARTIKEL...dengan tajuknya
"Muka macam Anwar, badan macam Najib?"
Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.
Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.
Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.
Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?
Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.
Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.
Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu . ....
Adui , nak tergelak pulak sebab si penulis artikel ni tak nampak ke rambut pun dah warna lain-lain . Macam mana nak samakan dengan DS Najib . Kena ingat juga isu perut buncit ini AnuWar sendiri yang cakap bukan media yang tulis . Dan kalau benar tayangan seketika ini memberi 'rahmat' kepada pihak pembangkang mungkin benar juga sebab selepas di adakan solat hajat maka satu persatu 'rahmat' itu di bongkarkan . Satu persatu keaiban AnuWar di pertontonkan di khalayak ramai . Sendiri mau fikir la selepas ini . Segalanya kian terbongkar . Jangan lagi menipu rakyat dengan drama yang masih panjang skripnya . Pengarah AnuWar , pelakon AnuWar dan penulis skrip juga AnuWar . Tapi cerita penamat drama ini dah semakin membelit pengarahnya sendiri . Akhir kata nanti "HAI , HAI BYE , BYE LA......"



Wednesday, April 6, 2011

PAS DAH MUAK DENGAN ANuWAR

Kenapa saya tulis artikel dengan tajuk seperti di atas ? Puak PAS jangan pula marah dan cepat nak melenting . Artikel kali ini lebih kepada persoalan kenapa PAS mendiamkan diri atas isu video seks terbaru AnuWar . Kenapa tiada kenyataan media yang rasmi daripada kepimpinan PAS .Yang kedengaran cuma langau-langau pengikut PAS yang bercakap di facebook , blog-blog dan juga di kedai-kedai kopi . Mana Nik Aziz , Haji Hadi , Saifuddin dan lain-lain ? Bila PKR mengadakan press conference membela AnuWar mana wakil-wakil dari PAS ? Tidak mahu campur tangan atau sudah muak dengan PKR terutama AnuWar ?

Mungkin kita faham PAS tidak mahu campurtangan tetapi bukankah PAS pernah berjanji sehidup semati akan bersama dengan rakan-rakan Pakatan Haram ? Apa saja kepincangan dalaman Pakatan Haram pasti PAS akan membela dan menuding jari kepada UMNO/BN dan mengatakan ini KONSPIRASI MENJATUHKAN PAKATAN HARAM!!!!....Tapi kenapa bila ada kepincangan atau salah laku seksa atau apa saja isu panas melibatkan DAP , PAS akan menjadi yang pertama mengeluarkan kenyataan . Mengadakan demo dan sebagainya .

Untuk juak-juak PAS dan pengikut tegar PAS , kalau sudah jemu tukar saja parti . Masuk UMNO perjuangkan Islam bersama-sama . Tak salah kan ? UMNO juga parti memperjuangkan Islam . Bukan susah nak tukar parti . Sekarang pun dah banyak ahli PAS dan PKR yang masuk UMNO . Tunggu apa lagi . Kucing takan bertanduk dan bulan takkan menjadi dua. Terima sahaja lumrah alam dan hakikat dunia politik kini yang mana UMNO/BN semakin dekat di hati rakyat . Gelombang merah dan biru semakin mewarnai Malaysia . Dari Utara ke Selatan , Barat ke Timur gelombang merah dan biru semakin mewarnai Malaysia . Jom!!!tukar parti kepada UMNO......Hidup UMNO!!!!!!....


"Retak Menanti Belah"

PKR sudah hancur!!!!!!!

Tuesday, April 5, 2011

KAK JIJAH PUN DAH KONFIUS..!!!...

Sidang media yang di buat oleh PKR kelam kabut . Di fahamkan Kak Jijah pening dan panik bila wartawan asyik tanya pasal jam Omega yang dia kata ada dalam simpanan dia . Taktik Kak Jijah untuk tarik perhatian wartawan bagi membincangkan lebih kepada isu video seks tak menjadi nampaknya . Kak Jijah kata orang dalam video itu bukan suaminya Si Abang AnuWar.Alasan dia ialah dia kenal susuk tubuh suami sendiri . ye ker Kak Jijah ? Betul ker bukan Abang AnuWar ? kalau tak betul kenapa Kak Jijah nak panik dan marah . Buat bodo jer la . lepas itu bila wartawan asyik tanya mana dia jam Omega dan minta tunjukkan terus Kak Jijah mengamuk . Terus sidang media di hentikan . Apahal ni Kak Jijah...?....Dan yang paling membuatkan hati saya nak ketawa sebab Kak Jijah mengulangi lagi skrip tahun 1998 dahulu iaitu "INI SEMUA KONSPIRASI KERAJAAN UNTUK MENJATUHKAN ANWAR" . . . Sudahlah Kak Jijah oiii....Terima saja hakikat . . 
Okay....cau dulu yer Kak Jijah!!!!!!........



Monday, April 4, 2011

DOA SOLAT HAJAT PR TERTUNAI

PANAS!!!PANAS!!!PANAS!!!...Doa solat hajat tolak fitnah yang di adakan oleh Pakatan Haram baru-baru ini akhirnya tertunai . Kini sana sini orang asyik memperkatakan tentang rakaman video kontroversi itu yang boleh di dapati secara meluas di Youtube . Apa lagi nak di kata selepas ini oleh puaak-puak Pakatan Haram?... Persoalan siapa pelakon video itu . .perut buncit ke tak...klon sapa ke tak...Akhirnya terjawab sedikit sebanyak . Dan permintaan gila Karpal Singh baru-baru ini yang mahu video itu di tayangkan di Sidang Parlimen juga sudah tertunai .....Kini semua rakyat dapat melihat dan seterusnya menilai sendiri kesasihan dan ketulenan rakaman kontroversi ini .

Aduhai la Abang AnuWar apa lagi selepas ini ? Kalau benar orang di dalam rakaman itu ANDA maka mengaku sahajalah . Jadilah seperti Chua Soi Lek yang mengaku terus terang . Jangan berdalih lagi . Nak tanya satu soalan mana dia Pok Nik , di mana Hadi Awang dan lain-lain kroni-kroni AnuWar yang menyatakan pendirian tentang isu rakaman ini .

"KALAU TAK ADA ANGIN MACAM MANA POKOK BERGOYANG"....Sudah-sudahlah menuduh UMNO/BN yang bertanggungjawab dalam isu video kontroversi ini . PM sudah mengumumkan bahawa UMNO/BN tidak terlibat langsung . Inilah dia padah untuk AnuWar bila di tikam oleh kawan-kawannya sendiri yang sudah muak dengan perangai busuk AnuWar . Hentikanlah menipu rakyat . Kami dah penat!!!!......



Friday, April 1, 2011

POK NIK PENGERUSIKAN SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT VIDEO SEKS ANuWAR ?

Sana - sini juak-juak Pakatan Rakyat a.k.a Pakatan Haram tidak puas hati dan marah dengan isu video seks terbaru yang di katakan pelakonnya adalah AnuWar . Dan sana-sini juga mereka berkokok mengatakan itu adalah fitnah dan konspirasi jijik UMNO/BN untuk menjatuhkan AnuWar agar tidak dapat bertanding untuk PRU13 nanti . Walaupun ramai yang telah melihat video itu mengatakan bahawa orang di dalam video itu adalah AnuWar namun puak-puak Pakatan Haram ini masih tidak mahu percaya . KPN juga sudah mengesahkan bahawa video itu tulin dan tiada kesan CGI atau sebagainya . Cuma masih belum di sahkan siapa pelakonnya sahaja . Pelik sungguh kenapa pulak puak-puak Pakatan Haram ni nak marah sangat . Bukan di sahkan lagi oleh KPN dan di buktikan lagi adakah itu AnuWar . Releks la brader.....

Kalau rasa UMNO/BN akan memutar belitkan fakta dan juga mengedit video itu setuju sajalah di tubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kes video ini dan minta Pok Nik yang jadi pengerusinya . Takan
Pok Nik nak mendajalkan AnuWar pulak kot tambahan pulak AnuWar bakal jadi PM..KONONNYA LA....tak perlu risau kalau di pihak yang benar . Tapi apa pun selesaikan dulu satu persatu kes AnuWar ni bermula dengan kes liwat . Dah di suruh bagi DNA secara sukarela pun mengelak . Bila di suruh mengaku isu video seks pun tak nak juga sampai di anjurkan Solat Hajat Fitnah...Adeesss!!!!!....penat aku dengan perangai kau ni AnuWar . Kesian la Pok Nik pun dah tak larat . Bagi otak dia rehat sama sebelum bersara ni

Eh!!!....pening dah Pok Nik pikir pasal si jantan kabaret sorang ni!!!......


           

Video seks: Umno yang tutup mulut mufti

ARTIKEL INI SAYA PETIK DARI HARAKAHDAILY...LAGI FITNAH OLEH MEREKA!!!!

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut.

"Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri.

"Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

"Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi.

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah 
mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan
 Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar 
Umno itu.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama 
lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka
 tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks)
 hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan 
dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti 
yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah
 satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini
 adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan 
pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani.

Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi.

Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, 
Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan 
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'.

Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut.

Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat 
adalah Umno dan media mereka.

"Saya cabar RTM, TV3 dan kahbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan
 Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung
 isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukumlarangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN.

Thursday, March 31, 2011

VIDEO SEKS TULEN LA BANG ANWAR!!!!!



HaHaHaHaHa!!!!....video seks itu tulen rupanya . Bukan di edit atau di manipulasi oleh mana-mana pakar terbaik di dunia pun . Macam mana abang AnuWar nak spin pulak kali ini ? Ketua Polis Negara sendiri sahkan bahawa video itu 100% tulen . Nak cari pakar dari mana pulak kali ini AnuWar oiii....Terima saja hakikat dan mengaku saja ITU KAMU!!!!!.....Jadi gentleman ajer la .....Rakyat dah tak larat kena "spin" dengan perangai kamu la AnuWar .     Sudah la...bertaubat segera . Pintu taubat sentiasa terbuka untuk umat NYA . 

Kepada pengikut-pengkikut AnuWar pulak tak payah susah payah buat demo lagi . Solat hajat tolak fitnah pun dah di lakukan  tapi semakin kebenaran terbongkar . Jangan main - main dengan hukum Allah swt ni . Jangan main-main dengan sumpah . Alahaiiiiii kesian betul la dengan korang .   

Friday, March 25, 2011

HARAKAH DAILY KATA "MALANGNYA RAKYAT , PEMIMPIN UMNO/BN MACAM SERIGALA JAGA KAMBING"

Salam , hari ini saya posting sesuatu yang lain sikit . Keratan akhbar ini saya petik daripada HARAKAH DAILY ONLINE bertarikh 25hb MAC 2011 dengan cerita seperti di bawah . 


KUALA LUMPUR, 25 Mac: Ketika pemimpin dan tukang juak Umno atas nama pakar ekonomi mengutuk dan memperlekehkan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tiba-tiba Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sekali lagi kehilangan RM52 bilion saham bumiputera.


Semuanya lambang kebijaksanaan Umno menjaga orang Melayu di negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS, katanya hendak dengar juga komen daripada pakar-pakar ekonomi yang akan memberi komen mengenai kehilangan peruntukan saham kepada bumiputera.
Selama ini, ujarnya penganalisa itu hanya membuat analisa mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat, tetapi tidak pernah membuat analisa secara menyeluruh tentang Buku Jingga.
Menurutnya, perkara prinsip yang diketengahkan di dalam Buku Jingga seperti soal ketelusan, melawan rasuah dan penindasan tidak dibincang dalam setiap komen mereka.
Beliau menambah, perkara asas yang mengukuh  sebuah kerajaan yang hebat tidak pernah diuar-uarkan oleh penganalisa politik dan ekonomi yang menjadi pengampu kepada BN.
Pada hal, katanya sifat berhemah dan berjimat cermat serta tidak rasuah di dalam kerajaan PR menyebabkan wang ini dipulang balik kepada rakyat dalam bentuk perkhidmatan.
“Contohnya kerajaan Kedah dalam Bajet 2010  telah berlaku lebihan sebanyak RM 19 juta,” katanya.
Begitu juga, tambahnya kemampuan kerajaan Kelantan yang sudah melebihi 20 tahun memerintah.
Beliau berkata, sebenarnya prinsip yang terdapat dalam Buku Jingga yang merakyatkan ekonomi seperti program kifalah, air percuma, tuisyen rakyat, menaikkan gaji guru Kafa sudah dilaksanakan dilaksanakan di negeri PR.
PAS, ujarnya merasa pelik dengan teori ekonomi songsang Umno, jika untuk kepentingan rakyat maka bankrap, tetapi jika untuk kroni ia sebagai membantu ekonomi orang Melayu.
Tambahnya lagi, alangkah bahagianya rakyat Malaysia jika  mendapat pemimpin seperti PR yang boleh menggunakan dana saham bumiputera yang lesap sebanyak RM52 bilion.
“Kalau wang ini diuruskan oleh pemimpin yang baik nescaya tidak ada lagi rakyat yang tidak bertanah dan berumah.
“Malang sungguh rakyat Malaysia memperolehi pemimpin seperti pemimpin Umno BN seperti serigala menjaga kambing,” ujarnya.
"WAJAH SEBENAR HARAKAH DAILY"
Komen saya : PAS sentiasa salahkan kerajaan dan UMNO/BN tanpa fakta yang kukuh dan baik . Harakah Daily dari dulu sampai kini sentiasa memberikan cerita dan berita fitnah . Masih tidak mahu bertaubat . Selama hidup di Malaysia adakah pemimpin PAS yang hidup dalam kedaifan ? Ada ke yang miskin keterlaluan ? Yang kita nampak rakyat tambahan di negeri Kelantan semakin hidup serba kekurangan . 20 tahun memerintah apa kemajuan yang di bawa oleh Nik Aziz dan konco-konconya kepada rakyat di Kelantan ? Segala kemudahan infrastruktur di bina dan di bawa oleh Kerajaan Pusat . Mengata orang paku serpih , mengata orang PAS yang lebih . Jangan asyik salahkan kerajaan tidak membantu atau kerajaan macam serigala . Siapa serigala sebenar ? Renung-renungkan dan fikir-fikirkan . 

Thursday, March 24, 2011

TIADA LAGI RAYUAN UNTUK PENANGGUHAN KES LIWAT..MANA PAS!!MANA PKR DAN LEBIH MENGHAIRANKAN MANA DAP!!

Akhirnya , tiada lagi rayuan untuk penangguhan kes liwat di benarkan . Tunggu sahaja penggulungan hujah . Apa lagi taktik Anwar selepas ini . Apa lagi muslihat Karpal Singh untuk membebaskan Anwar . Semuanya telah cuba di lakukan , di buat dan di rancang seteliti mungkin . Demonstrasi juga telah di laksanakan . Apa lagi ?...Dalam pada itu saya tertanya-tanya mana dia kelibat penyokong Anwar dari kalangan hamPAS , PKR atau DAP...?....Mana dia Nik Aziz , Hadi Awang , Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang selama ini membela Anwar ? Rasanya sudah muak dan jemu kot..sementelah pula apabila Anwar tidak mungkin di bebaskan dari kesalahannya . Pening agaknya kawan-kawan Pakatan Haram Anwar ini memikirkan macam-macam masalah salah laku seks yang Anwar terbitkan menjadi koleksi drama dan cerpen untuk tontonan dunia . Waduh!boleh dapat Anugerah Skrip dan Drama Terbaik ni . Habis kes liwat , kes video porno pula akan di bongkar . Dah tiada arah tujuan untuk melarikan diri . nak larikan diri ke kedutaan mana pula kali ini ? .....Sudah lah tu...penat rakyat terkejar ke sana sini hanya di sebabkan seorang manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini . Cukup sampai di sini sahaja . Biarkan negara ini aman .Biarkan negara ini terus berkembang dan biarkan kami hidup selesa . . . . .

"ADOI , AIYAA , ADUH!!!SEMUA TALAK BOLEH PAKAI CAKAP BELIT"

Tuesday, March 22, 2011

DNA DULU BARU CERITA PASAL VIDEO SEKS

Apakah Anwar Ibrahim akan serahkan DNA nya untuk selesaikan segera kes liwatnya ? Rakyat tertanya-tanya dan mula naik jemu dengan keengganan Anwar Ibrahim untuk serahkan DNA nya. Kenapa susah sangat ? kalau di pihak yang benar serahkan sahaja . 
Sekarang ni kita tengok pula keluar isu video seks terbaru Anwar Ibrahim . Siapa Dato T menjadi tanda tanya tetapi isu video seks ini sedikit sebanyak telah mengambil tempat di kalangan orang awam dan tidak mustahil akan membuatkan kita terlupa seketika kepada isu DNA untuk mempercepatkan kes liwat di mahkahamah yang sedang berjalan . Adakah ini satu lagi taktik Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan dunia daripada kes liwatnya sama seperti yang pernah di lakukan dulu ? Apa pun mahkamah lebih adil dan pasti kebenaran akan terbukti . 

Untuk Anwar Ibrahim jangan berlengah lagi teruskan sahaja memberi persetujuan untuk serahkan DNA . Banyak perkara akan dapat di selesaikan dan demonstrasi supaya di serahkan segera DNA pun akan senyap begitu sahaja . Nah..!!!!senang kan....Senangkanlah urusan mahkamah dan kasihanilah kepada seluruh pengikut parti PKR yang dahagakan kebenaran . Kata KEADILAN UNTUK SEMUA...MANA NI ? JANGAN JADI PONDAN LA.......



Sunday, March 20, 2011

SANA SINI PAKAT KELUAR PKR!!!!!!

"TUNGGU MASA UNTUK BERKUBUR"

Sana - sini ahli PKR pakat keluar parti . Anwar dah mula kecut teloq . Gelabah mengalahkan takutnya dia dengan kes liwat . Habis ahli PKR mengamuk . Kata mereka parti dah tak relevan . Mereka dah hilang kepercayaaan terhadap kepimpinan parti . Anwar dan Azmin pening kepala memikirkan macam mana lagi nak kelentong ahli supaya tak kelaur parti . 

Penulis rasa kalau Anwar bersetuju serahkan DNA untuk kes liwat mungkin tak ramai-ramai pakat keluar parti . Kekacauan dalam parti pun di sebabkan oleh Anwar jadi apa tunggu lagi . Berani kerana benar . Tak payah pening kepala memikirkan lagi Anwar . Lakukan demi maruah yang dah tercalar . Lainlah dah memang salah kan . Jangan lagi mengadaikan maruah mu itu Anwar . Teruskan saja . Bagi saja . Selamatkan parti kalau boleh . Selamat Maju Jaya...!!!!! 

Friday, March 18, 2011

GAPET - SINGKATAN GABUNGAN PELIWAT TEGAR NAK BUAT DEMONSTRASI 21 MARCH

"SIVAJI THE BOS YANG AKAN TERKUBUR TAK LAMA LAGI"


Alahai demo lagi ker ? GAPET ni apahal la suka menyusahkan rakyat . Apa perlunya demo ni ? Serah ajer la DNA tu habis cerita . Tak akan ada lagi suara-suara tidak puas hati nanti pasal kes DNA ni . Bagi ajer la kalau memang tak bersalah meliwat . Apa nak takut pulak….berani kerana benar . 

 GAPET atau singkatan daripada Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih untuk selamatkan Anwar pulak . Berapa agaknya Anwar bayar korang untuk demo ni ? Alahaiiii peliwat pun nak dipilih.. GAPET nak bela orang yang keji.

GAPET oiiiii GAPET tak payah la buang masa macam ni . Lebih baik korang pergi buat kerja yang berfaedah sikit . Tolong jangan menjahanamkan kawasan sekitar mahkamah atau kawasan liputan demo korang tu . Sedih aku…..Agak-agaknya.., ada lagi ke rakyat Malaysia yang sanggup nak berdemo semata-mata menyokong seorang peliwat macam Anwar ni?

"APA LAGI LA AKU NAK BUAT UNTUK TERLEPAS"


Macam-macam la kalau pembangkang tu tetap pembangkang . Baik balik rumah masak nasi dari korang berpanas berdemo benda-benda jijik dan tak ada faedah tu . Ikut ajer nasihat baik aku ni GAPET oiiiii . Jangan lagi nak pertontonkan kebodohan korang tu membela Si Peliwat Tegar tu . Biar mahkamah tentukan sudah la . Penat dah woiiiiiiiiii dengan demo tak berfaedah ni . 

Tuesday, March 15, 2011

TANDAS PERCUMA TAK PERLU BAYAR!!!!!!

Tandas khas yang di sediakan ini hanya untuk Guan Eng dan EXCO-EXCO sahaja . Di ulang hanya untuk mereka sahaja . Jadi jangan sesiapa pun yang tidak berkenaan cuba-cuba nak singgah melepaskan hajat kat sini sebab tak di benarkan . Sah-sah penduduk di Jelutong Pulau Pinang ni marah sangat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat yang di terajui oleh DAP yang selalu menindas rakyat terutama orang Melayu .Yang anehnya menurut penduduk di sini bangunan sekitar kawasan ini di robohkan atas arahan Kerajaan negeri tetapi tandas ini pulak di biarkan sahaja . Tidak pulak di robohkan . Kalau filem ALI BABA BUJANG LAPUK habis tandas yang di robohkan tapi di Jelutong ini di biarkan . Memang sah-sah khas untuk Guang Eng dan EXCO-EXCOnya melepaskan hajat yang belum tercapai . 

       Macam-macam penindasan di lakukan oleh Kerajaan Negeri di bawah Guan Eng yang mana makin hari makin menjadi - jadi . Sedarlah wahai penduduk Pulau Pinang , cukuplah di tindas sebegini rupa . Bangkitlah menentang kepimpinan komunis ni . Perubahan perlu di lakukan dalam PRU13 nanti . Sama-samalah kita bangun menentang kezaliman DAP . 

      Alahai Guan Eng dan EXCO-EXCO nya termasuk la TKM1 yang tidak berfungsi langsung tu . Kali ini dapat tandas percuma  , rasanya lepas ini akan dapat la tisu tandas percuma dan seterusnya PENAMPAQ PERCUMA . uak-puak PAS pun boleh juga kalau nak merasa PENAMPAQ PERCUMA MAMU PENANG . HARIA PENANG!!!!!!MAI CHEQ MAI!!!

BARU BAGI KERANDA DAH KECUT KER?



TAHNIAH kepada Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini yang cuba menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar,Ng Wei Aik . Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.
Walaupun gagal ini menunjukkan betapa marahnya mereka kepada ADUN KOMTAR ini yang berlagak samseng terutama kepada peniaga-peniaga di ruang legar KOMTAR khususnya peniaga Melayu . Ini bukan kali pertama ADUN KOMTAR ini menjalankan tugasnya yang "ALA SAMSENG" . Sebelum ini sudah banyak kali ADUN KOMTAR ini membuat huru-hara dan provokasi kepada peniaga-peniaga Melayu .  

Erm , terfikir juga di manakah dia Timbalan Ketua Menteri 1 yang beragama Islam berbangsa Melayu ini bersembunyi ?...Apakah peranan yang di mainkan oleh Mansor bin Othman ni ?...
Takut dengan Guang Eng ker sampai sunyi sepi tidak kelihatan langsung . 

ADUN KOMTAR iaitu Weng Aik pula takan baru dapat hadiah keranda dah takut sampai minta polis segera menangkap dan menyiasat ?...

"Aiyaaaaaa Apek itu Ghani mau kasik hadiah sama lu saja bukan mau buat sesuatu ma.....Lu manyak buat salah itu pasal lu sudah takut...."